Alhamdulillah, hampir 1 tahun & 4 bulan berlalunya program "Hari keluarga Wook Jamin" yang diadakan TM Resort - Sri Intan Port Dickson.
Namun memori dan kenangan terindah itu masih kekal di ingatan serta sanubari. Manakala program di tahun 2013 ini, perbincangan antara keluarga telah diadakan dan cadangan yang dikemukakan adalah untuk mengadakan 'trip' percutian & jalan-jalan ke JB & Singapore pada 24 - 26 November 2013 (Ahad - Selasa).
Bagi merealisasikan cadangan di atas, sekretariat telah membuat semakan dan perolehan maklumat berkaitan bagi penghasilan perincian aturcara program (rujuk email yang dihantar kepada ahli/peserta) yang merangkumi perkara di bawah:
1) Lokasi dan tempat yang akan dilawati
2) Peta perjalanan dan pengangkutan awam yang akan dinaiki
3) Anggaran kos pengangkutan
4) Lain-lain kos berkaitan
Sila rujuk link di bawah, download dan print untuk kemudahan rujukan.
1) Tour Bas info --> http://www.ducktours.com.sg/ot.php
2) Map/route bas --> http://www.ducktours.com.sg/pdfs/map_hippo.pdf
3) Jadual bas --> http://www.ducktours.com.sg/pdfs/bus_schedule.pdf
Dicadangkan ketua keluarga dapat memberikan perincian tanggunggan (isteri & anak) kepada sekretariat dan membuat bayaran awal anggaran kos pengangkutan bagi melincinkan urusan perjalanan kelak.
Anggaran kos pengangkutan (hop-on hop off, MRT, bas balik Malaysia) dan bayaran masuk Pulau Sentosa adalah seperti berikut:
Dewasa : RM67.50
Kanak-kanak : RM49.10 untuk 7 tahun ke atas / RM47.90 untuk 3-6 tahun / Percuma untuk 3 tahun ke bawah
Terima kasih.